Sunday, March 17, 2013

teeettt

Hannah, forgive and forget. Past is past. Weyh mangg!! Cane nak lupakan? My heart ached a lot bila minah tu update status psal dia putus cinta ngan fifi! Like everyday tau tak!! Cane nak lupakan kalau mcm ni? Hishhh dah dah wat lek wat peace. Hehehe. Hmmm. Fifi ade scandal lagi siap dia! Ni last chance aku bagi. Dia buat lagi mmg aq dump dia! Im patient because I still care for him. Okay? Don't tear my heart again. The wound is very hard to heal. The scars remain forever. Ahhh I just don't care! Why would I care about him? I hate him! Yeaahhh! That's better. Dun put high hopes hannah. U just don't.

hoiii

Helo helo dan helo. Dah lama tak merepek kat blog. Wtv. Hehe kalau zubed tak ckp psal blog aq mmg smpai bila2 aq tak bukak blog ni. Trimas trimas. Hahaha. Dah la diam! Asyik gelak je keje. Mcm org sawan. Hahahaha. Wtv.

Firstly, aku dah setahun ngan fifi! Wooohooo! Yeah! Happy la sangat kan? Emmmmm mesti la happy. Tapiiiii.. persoalannya, betul ke? Everything that he confessed, every single thing that he said to me. Was it for real? What am I talking about? Is it true that he likes me? Or he likes that girl? Dia berpura-pura suka aku ke? Ke? Diorng pon macam baru-baru je. Hmmmm nape ek dia buat macam ni? Dia tipu aku selama ni? Kenapa.. takkan la sebab aku tak layan dia.. tapi dia kate.. you know what? I don't understand boys until now!! They are sooo complicated! Weyh dah la dia suruh lupakan pasal ni kaaan? But, its hard for me to forget about that truth. The thing that I afraid the most. The incident that I've thought it would happen. It just happened!! Aku mmg nujum pak belalang. Tu lah kau bodoh sgt kan? Wtv laaa!! Susah tau tak!! Maybe he's just playing wif my feelings. I can never trust boys even they hv the sweetest face like minho. Lols. Tapi, setiap kali dia dekat ngan aku, the problems and doubts just went off and I feel happy. Ahhhhh I never knew I can love him this muchhh!! He was my number one annoying enemy and now he is my boyfriend and this is INSANE!! I wish this was a dream....nooo its for real -,- help meeee!!

Wednesday, October 24, 2012

Story-mory

Hello. Dah lama tak jenguk blog ni. Pertama sekali, aku dah merdeka! Yuhoooo PMR dah habis beb! Dah lama dah pon, 16 Oktober hari tu. So far so good. Tak lah susah sangat tapi boleh dikatakan susah la jugak. Apa aku merepek? Hahaha. Tak apa yang penting aku dah berusaha dan aku tawakal je. Moga-moga aku dapat keputusan yang cemerlang. Amiiin~ Yang kedua, aku tak nak masuk asrama. Walaupun aku dah apply SBP, tapi aku tak nak masuk pun! Aku terpaksa sebab family aku suruh. Mintak-mintak la diorang tak terima aku. Aku tak layak pon masuk asrama. Hehehe yelah tu.

Aku rasa happy sangat. Semalam aku lepak kat kelas dia. Main Uno ngan dia dan kawan-kawan dia. Best! Tapi, aku dikalahkan diorang...waaaaaaaaaa!!! Jahat! Aku tak pernah kalah main Uno! Tapi aku lawan ngan dia, aku menang 5 kali! Hah! Padan muka!

Tapi kan, dia kata aku tak layan dia. Bukan tak nak layan, aku rasa kekok la. Bila dekat ngan dia aku rasa berdebar jantung macam nak tercabut pon ada. Sorry la ek, bukan tak nak layan. Lagipun, kalau aku tanya pape kat dia, macam orang pekak! Sepatah ditanya, sepatah dijawabnya. Tu pon macam nak tak nak je jawap. Geram plak aku. Haih, apo nak buek? Tak boleh nak salahkan den la kan?

Semalam, dia cerita pasal ex-girlfriend dia. Aku rasa macam dia still caring psal ex dia. Dia happy sangat cerita kat aku yang dia jumpe ex dia kat KLCC. Aku tak tau la nape aku kene rasa sedih? Hmmmpphh..aku tak kesah pon kalo dia nak cerita, tapi masalahnya aku rasa sesak sangat dada ni. Rasa pening. Aku dah tak sanggup nak dengar! Aku jeles! Ye aku mengaku!

Ari ni, aku stalk ex dia kat fb. Comel! Tu la first expression aku bila tengok gambar dia. Patut la dia suka minah tu. Hmmm nampak sopan dan beradab, macam perempuan melayu terakhir. Berbeza betul dengan aku, tak siuman! Yup, aku ni tak de ciri-ciri wanita sejati pun. Aku mengaku. Tak pe la. Aku akan try buang perasaan negatif ni jauh-jauh. Aku tak nak dia tau yang aku sedih. Aku tak kesah pon kalau dia.... takpe la, setakat ni je la cerita aku untuk hari ni. Aku nak layan korea jap. Tengok Kang Tae Joon lagi best! Tak sakit hati :)

Trimas, bye.

This is for you



Monday, August 20, 2012

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya semua! Maaf Zahir dan Batin! hehehe Dah ar nak gi makan rendang tokma buat...emmm sedap! Laksa pahang pon ade! Slurrppppppp memang giler sedap! Kuih raya pon sedap! Semua sedap! Hehehe


Kay byeeeee! #FirstDayOfRaya #PinkTheme #KajangPerdana

Saturday, August 18, 2012

Nak tulis apa ha?

Hello. Hehehe. Nak cakap apa ek? Owh ye, esok kan last ramadhan. Lusa raya. Yeah! (Well, everybody knows that). Ramadhan tahun ni berlalu dengan sekelip mata je. Tengok-tengok dah nak bulan Syawal. Huhuhu tak pe la, tahun depan ade lagi (Insyaallah kalau umur aku panjang). Sigh* Raya tahun ni rasa macam tak meriah. Maybe sebab aku tengah struggling nak PMR, so spirit nak beraya tu hilang. Cikgu pun dah pesan awal-awal, "Raya satu hari je!". Ceh, yelah cikgu! Tau la! PMR awal bulan Oktober. Lepas raya je tinggal lagi less than a month nak periksa. Walaupun aku dapat straight A dalam trial, aku tak boleh confident sangat yang aku akan dapat straight A dalam PMR. Aku kena berusaha lagi. Hahaha memandangkan orang lain sebok nak beraya, aku pun nak join gak, aku terpaksa lah beraya sambil belajar. Camne tu? Bawak la buku beraya sekali. Angkut buku tu, di mana ada aku, di situ ada buku. Nak buat cane kan? Nak berjaya kene lah berkorban. Kalau tak dapat straight A memang aku memalukan diri sendiri dan keluarga. Ceh, tapi kalau Tuhan dah kata "kun fayakun" yg aku tak boleh dapat straight A, emmm nak buat macam mana kan? (Harap-harap tak! Minta dijauhkan!) Yang penting aku dah ada effort, pastu aku tawakal dan berdoa je lah yang baik-baik. Aku harap aku, budak-budak KAA dan semua form 3 tahun ni dapat straight A dalam PMR. Amiiiiiin~

Sunday, August 12, 2012

Teringat :)


Hahahaha kay aku ingat lagu ni. Waktu dia call aku. Dia kata lagu ni gedik. Mula-mula aku pun rasa macam tu, tapi lama-lama aku tersuka plak. LOL XD Kalau aku rindu dia aku akan dengar lagu ni, hehehe. Emmm dah lama tak buli dia. Dah lama tak tengok muka selambe badak dia (walaupun agak irritating bila dia buat macam tu). Haahaha aku benci dia <3>