Wednesday, October 24, 2012

Story-mory

Hello. Dah lama tak jenguk blog ni. Pertama sekali, aku dah merdeka! Yuhoooo PMR dah habis beb! Dah lama dah pon, 16 Oktober hari tu. So far so good. Tak lah susah sangat tapi boleh dikatakan susah la jugak. Apa aku merepek? Hahaha. Tak apa yang penting aku dah berusaha dan aku tawakal je. Moga-moga aku dapat keputusan yang cemerlang. Amiiin~ Yang kedua, aku tak nak masuk asrama. Walaupun aku dah apply SBP, tapi aku tak nak masuk pun! Aku terpaksa sebab family aku suruh. Mintak-mintak la diorang tak terima aku. Aku tak layak pon masuk asrama. Hehehe yelah tu.

Aku rasa happy sangat. Semalam aku lepak kat kelas dia. Main Uno ngan dia dan kawan-kawan dia. Best! Tapi, aku dikalahkan diorang...waaaaaaaaaa!!! Jahat! Aku tak pernah kalah main Uno! Tapi aku lawan ngan dia, aku menang 5 kali! Hah! Padan muka!

Tapi kan, dia kata aku tak layan dia. Bukan tak nak layan, aku rasa kekok la. Bila dekat ngan dia aku rasa berdebar jantung macam nak tercabut pon ada. Sorry la ek, bukan tak nak layan. Lagipun, kalau aku tanya pape kat dia, macam orang pekak! Sepatah ditanya, sepatah dijawabnya. Tu pon macam nak tak nak je jawap. Geram plak aku. Haih, apo nak buek? Tak boleh nak salahkan den la kan?

Semalam, dia cerita pasal ex-girlfriend dia. Aku rasa macam dia still caring psal ex dia. Dia happy sangat cerita kat aku yang dia jumpe ex dia kat KLCC. Aku tak tau la nape aku kene rasa sedih? Hmmmpphh..aku tak kesah pon kalo dia nak cerita, tapi masalahnya aku rasa sesak sangat dada ni. Rasa pening. Aku dah tak sanggup nak dengar! Aku jeles! Ye aku mengaku!

Ari ni, aku stalk ex dia kat fb. Comel! Tu la first expression aku bila tengok gambar dia. Patut la dia suka minah tu. Hmmm nampak sopan dan beradab, macam perempuan melayu terakhir. Berbeza betul dengan aku, tak siuman! Yup, aku ni tak de ciri-ciri wanita sejati pun. Aku mengaku. Tak pe la. Aku akan try buang perasaan negatif ni jauh-jauh. Aku tak nak dia tau yang aku sedih. Aku tak kesah pon kalau dia.... takpe la, setakat ni je la cerita aku untuk hari ni. Aku nak layan korea jap. Tengok Kang Tae Joon lagi best! Tak sakit hati :)

Trimas, bye.

This is for you



Monday, August 20, 2012

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya semua! Maaf Zahir dan Batin! hehehe Dah ar nak gi makan rendang tokma buat...emmm sedap! Laksa pahang pon ade! Slurrppppppp memang giler sedap! Kuih raya pon sedap! Semua sedap! Hehehe


Kay byeeeee! #FirstDayOfRaya #PinkTheme #KajangPerdana

Saturday, August 18, 2012

Nak tulis apa ha?

Hello. Hehehe. Nak cakap apa ek? Owh ye, esok kan last ramadhan. Lusa raya. Yeah! (Well, everybody knows that). Ramadhan tahun ni berlalu dengan sekelip mata je. Tengok-tengok dah nak bulan Syawal. Huhuhu tak pe la, tahun depan ade lagi (Insyaallah kalau umur aku panjang). Sigh* Raya tahun ni rasa macam tak meriah. Maybe sebab aku tengah struggling nak PMR, so spirit nak beraya tu hilang. Cikgu pun dah pesan awal-awal, "Raya satu hari je!". Ceh, yelah cikgu! Tau la! PMR awal bulan Oktober. Lepas raya je tinggal lagi less than a month nak periksa. Walaupun aku dapat straight A dalam trial, aku tak boleh confident sangat yang aku akan dapat straight A dalam PMR. Aku kena berusaha lagi. Hahaha memandangkan orang lain sebok nak beraya, aku pun nak join gak, aku terpaksa lah beraya sambil belajar. Camne tu? Bawak la buku beraya sekali. Angkut buku tu, di mana ada aku, di situ ada buku. Nak buat cane kan? Nak berjaya kene lah berkorban. Kalau tak dapat straight A memang aku memalukan diri sendiri dan keluarga. Ceh, tapi kalau Tuhan dah kata "kun fayakun" yg aku tak boleh dapat straight A, emmm nak buat macam mana kan? (Harap-harap tak! Minta dijauhkan!) Yang penting aku dah ada effort, pastu aku tawakal dan berdoa je lah yang baik-baik. Aku harap aku, budak-budak KAA dan semua form 3 tahun ni dapat straight A dalam PMR. Amiiiiiin~

Sunday, August 12, 2012

Teringat :)


Hahahaha kay aku ingat lagu ni. Waktu dia call aku. Dia kata lagu ni gedik. Mula-mula aku pun rasa macam tu, tapi lama-lama aku tersuka plak. LOL XD Kalau aku rindu dia aku akan dengar lagu ni, hehehe. Emmm dah lama tak buli dia. Dah lama tak tengok muka selambe badak dia (walaupun agak irritating bila dia buat macam tu). Haahaha aku benci dia <3>

For my one and only bff ;)


Dear Zubed, I've found it! Thanks besties. I feel like crying, sob...sob...May our relationship lasts forever! 16 May 2011 :) I'll remember that date. You're the best friend I've ever met! I pray for your success and happiness in the world and hereafter. I love you :)

Sincerely,
Your talkative buddy :P
A.K.A warga emas XD

Confusion + mixed feelings

I missed someone. Last night that person sent me such a weird text. It's like I will never see that person again. What is it that you want to tell me? Please...even your status on facebook, you wrote something that really made me puzzled. Are you going somewhere? Are you going to leave me? I just want the answer.

Mimpi

Kalau kita mimpi yang bukan-bukan, jadi kenyataan ke? Sesetengah orang kata mimpi tu mainan tidur. Tapi kadangkala mimpi tu boleh jadi kemyataan. Emmm...mungkin aku penat sebab tu ada "nightmare". Kay insyaallah tak ada apa-apa.

Saturday, August 11, 2012

Monolog

Hello, aku bosan. Hahaha apa aku merepek? Hari ni memang memenatkan. First time buat kuih tart nenas sorang-sorang. Mak aku tidur. Selalunya mak aku tolong skali. Emm takpe la, apa gunanya anak kalau tak membantu kan? Lagipun mama penat. Hehehe nasib baik ada adik, boleh la tolong. Tu pun sekejap je dia tolong sebab dia gi rembat laptop aku main game. Sengal btol! Penat menguli dough, lama-lama tangan aku macam tangan body builder. Eewww... Kay geli XD Bosannya, kalau tak de kredit memang bosan. Tak boleh nak kacau hidup Fifi ngan Zubed XD Emmm diorang wat apa la ek skang ni? Satu hari tak jumpa diorang memang sunyi hidup aku. Bukan la sunyi sangat, rasa macam kosong sikit. Ahaks. Time aku busy, kredit aku belambak. Time aku free tengah merdeka kredit tamat tempoh plak. Nak tunggu diorang online? Memang tak ar. Cakap pasal merdeka, result trial aku agak memuaskan. Bukan la sume paper aku dah tau markah. Just subjek BM, sains, geografi ngan sejarah je. Geo aku dapat 97%, sejarah 93%, sains 81%, BM tak tau lagi markah penuh, aku just tau markah paper objektif, aku dapat 25/40. Kay, BM aku memang teruk giler babun! Yang paling tinggi BM ,aina, dia dapat 31/40. Waaahhhh congrates Aina, terbaik la kau! Aku tabik budak happy-go-lucky! Heehehe go Aina! Sains agak mengecewakan.Walaupun aku dapat A dan aku sepatutnya bersyukur, tapi, aku rasa sedih. Aku kalau boleh nak semua subjek dapat 90 markah ke atas. Tapi.....harapan musnah. Hahaha tak pe lah, yang penting aku dah buat yang terbaik. Sains tu markah memang atas pagar betul. Eeeee cane la PMR nanti. Seram plak rase. Haish, cane la nak amik klas science stream kalo markah sains pon cukup-cukup makan je? Arrrggghhh need to study harder! Aku ni memang suka menggelabah tak tentu pasal. Orang lain rilek je, aku ni emo nak mampus. Cane nak wat hati ni rilek ek? Hahaha whatever! Don't worry be happy. I thinked too much! My brain is very tired. Need a break. Peace yo! B-)

PMR

My! PMR is just around the corner. I've to work harder! I've to achieve 9A's and fulfill my dream, my parents wishes, my teachers hope, my country's sake.. insyaallah I can, if there's a will, there's a way :)

some words

I've terminated my older posts cuz they're junkies! I just don't wanna remember bout my past. Now, now.. let's start over a new leaf. I've a new life which is better! Smile :)